Jan
5th

Soal Jawab Vista bersama Microsoft

Files under komputer, perisian | 2 Comments

Umumnya kebanyakan orang akrab dengan Mr Google. Sedikit-sedikit, pertanyaan dilemparkan ke Google atau Web. Jawapannya memang diberikan, tetapi tidak mudah menemui jawapan yang betul-betul tepat.

Bagi pengguna Microsoft Windows Vista kini tersedia sebuah forum khusus untuk anda. Ia dinamakan Microsoft Answers, forum beralamat answers.microsoft.com ini masih dalam tahap beta dan menyediakan segala jawapan yang berkaitan dengan Vista dalam bentuk tanya-jawab.

Ada tiga cara menggunakan laman web ini. Anda boleh menggunaan search bar di bahagian atas halaman untuk menemui jawapan setiap pertanyaan anda. Anda juga boleh browse halaman kategori di bawah bahagian Find Answers. Atau, jika jawapan tidak juga tepat, anda boleh bertanya pada komuniti pengguna bagaimana mereka memperbaiki sebuah masalah atau melakukan sesuatu.

Anda juga boleh melanggan sebuah pertanyaan dan menerima jawapannya melalui browser, e-mail, atau RSS jika jawapan itu sudah di-posting. Namun, untuk kemudahan ini anda perlu jadi pelanggan, maksudnya perlu sign in untuk melihat pertanyaan dan jawapannya.

Sayangnya laman web ini hanya terbatas untuk Vista.

Jan
1st

Selamat Tahun Baru 2009

Files under umum | 1 Comment

Hari ini adalah hari baru di tahun baru. Hari yang pertama untuk tahun 2009. Oleh itu, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua warga perbaca setia blog ini dan kepada semua masyarakat dunia..

Menyelusuri kembali tahun 2008, apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun tersebut. Apakah segala perancangan yang dilakukan di awal tahun 2008 tersebut telah tercapai, atau hanya angan-angan semata-mata…. Anda mungkin boleh menilai sendiri pencapaian anda itu…

Bagi saya di Rahsiakomputer.com, Alhamdulillah segala perancangan tahun 2008 dapat dilakukan walapun tidak begitu cemerlang dan gemilang…:) Namun hasilnya boleh dibanggakan terutamanya melalui dunia cyber dan perniagaan Internet.

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/6149793/2/istockphoto_6149793-happy-new-year-2009.jpg

Untuk tahun mendatang 2009 ini, beberapa perancangan dan matlamat akan cuba dicapai dengan jayanya terutamanya bidang perniagaan Internet ini. Segalanya telah diatur dan akan dilaksanakan sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat.

Selain itu, beberapa perancangan berbentuk pengajaran dan pembelajaran berkaitan dunia internet dan perniagaan juga sedang diatur bersama rakan-rakan seperjuangan. Namun masih dalam perancangan dan diharapkan ia dapat dilaksanakan….he he

Harapan untuk tahun 2009 ini, semoga segala perancangan dan matlamat yang dilakukan dan akan dilakukan memperolehi natijah dan hasil yang baik.

Teruskan perjuangan di dunia maya.

Akhir bicara…..Selamat Tahun Baru 2009.

Dec
29th

Buat Pointer Mouse Pintar

Files under komputer | Leave a Comment

Pernahkah anda mengalami kejadian seperti ini..? Apabila anda menutup Microsoft Word dengan mengklik butang tanda silang di sudut kanan atas. Padahal, anda belum menyimpan (save) pekerjaan anda. Secara automatik, Word akan memaparkan kotak dialog di tengah skrin yang menanyakan apakah anda ingin menyimpan dokumen atau tanpa menyimpan dokumen Word tetap ditutup.

Cuba perhatikan posisi pointer. Tetap di pojok kanan atas, bukan? Anda boleh membuat setiap kali muncul kotak dialog, pointer bergeser ke salah satu tombol di dalam kotak dialog.

Beginilah caranya.

  1. 1. Jalankan Control Panel. Di sana, klik [Mouse].
  2. Sebuah tetingkap baru dengan tajuk “Mouse Properties” akan muncul. Kliklah tab [Pointer Options] yang ada pada tetingkap tersebut.
  3. Pada tab [Pointer Options] terdapat sebuah kotak dengan nama “Snap To”. Tandakan kotak [Automatically move pointer to the default button in a dialog box] yang terdapat di dalamnya.
  4. Klik [Apply] kemudian klik [OK] untuk keluar dari tetingkap Mouse Properties.

Selamat mencuba

Dec
28th

800 peniaga kecil Malaysia dijangka sertai seminar pemasaran internet 2009

Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum mereka membeli di kedai berhampiran. Pelanggan kini tidak akan ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu.

Kaji selidik oleh  kursusperniagaan.com ke atas  Lelong.com.my mengesahkan penemuan ini. Laman web Lelong dilawati 100,000 pengunjung sehari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun.

Berdasarkan statistik Lelong, peniaga kecil kehilangan 84% bakal pelanggan baru setiap hari jika tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet hari ini.

Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku. Berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 46 peratus sehingga 236 peratus.

Pembeli di internet berkata pengalaman membeli produk dan perkhidmatan sama seperti membeli di luar. Kajian e-dagang Visa mendedahkan sebab-sebab utama orang ramai membeli di
internet.

83 peratus pembeli berkata mereka mendapat harga terbaik daripada peniaga dalam internet. 88 peratus pembeli berkata mereka boleh membeli padabila-bila masa melalui internet. Manakala 82 peratus pembeli berkata mereka dapat membeli dengan mudah.

Berikutan peningkatan penggunaan internet menjelang tahun 2009, satu Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil Malaysia bakal dianjurkan oleh kursusperniagaan.com pada 7 Febuari 2009 bermula jam 9.00 pagi-5.00 petang.

Seminar sehari ini dijangka menghimpunkan 800 usahawan seluruh negara di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil 2009 menjadi Persediaan peniaga kecil 2009 berikutan trend penggunaan internet semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi berlaku.

Para usahawan akan didedahkan lima topik penting iaitu Rahsia penulisan iklan untuk menjual di Internet oleh penulis 10 buah buku di Malaysia, Zamri Mohamad.

Zamri Mohamad juga penulis buku terlaris Rahsia Bisnes Mamak yang diulang cetak yang menjadi tumpuan media di Malaysia dan Singapura. Zamri juga telah menghasilkan sepuluh buku yang terjual di rangkaian kedai buku seluruh negara dan secara Internet.

Terdahulu, beliau juga bertanggungjawab membina laman web kursusfrancais.com yang menjadi laman web rasmi kursus francais usahasama kolej antarabangsa DMDI milik kerajaan negeri Melaka dan Sprint Marketing Concept, sebuah konsultan perunding berdaftar di bawah PNS dan MARA.

Ia Kemudian diikuti dengan tajuk Cara mudah pembinaan laman web mini dan optimasi carian di internet oleh pembangun sistem kreatif, Izwan Wahab a.k.a Robotys

Perkongsian pengalaman oleh tim Flarebiz, usahawan Internet sepenuh masa, Adly Mukhtar a.k.a Labanon.

Dua topik bonus akan didedahkan kepada peserta seminar iaitu Pengurusan Risiko untuk Bisnes Kecil.Ia akan disampaikan oleh pakar dan pengamal serta penganalisis insuran bisnes kecil di Malaysia.

Selain itu, tajuk Pembinaan Jenama Bisnes Kecil. akan disampaikan oleh seorang peserta yang mengikuti sebagai forum penjenamaan antarabangsa baru-baru ini melibatkan enam pakar antarabangsa.

Maklumat lanjut Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil di kursusperniagaan.com.

Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil juga dianjurkan bersama Majalah IM, majalah internet pertama di Malaysia dan Primaya Solution.

Zamri Mohammad

Dec
22nd

Opera Mini, Browser Hebat Untuk Hanphone Java

Files under mobile, perisian | 1 Comment

Kalau menggunakan komputer, semua fungsi yang ada di Internet dapat diakses secara lengkap. Namun tidak demikian halnya dengan akses melalui handphone. Banyak browser handphone yang hanya boleh digunakan untuk mengakses WAP, tanpa sokongan terhadap HTML.

Pengguna tidak boleh mengakses web Internet dengan fungsi seperti menggunakan komputer. Di handphone WAP, laman web yang bagus hanya kelihatan seperti deretan teks dan gambar yang sangat sederhana.

Di beberapa handphone masa kini, kelemahan ini mulai diperbaiki. Beberapa vendor handphone berusaha menyesuaikan perkara tersebut supaya boleh menampilkan laman web seperti di komputer. Tetapi fungsi pada browser-nya belum boleh menandingi fungsi browser di PC.

Sebagai vendor yang berpengalaman membuat browser di PC, Opera Software berusaha menyelesaikan masalahan ini. Browser dengan pengguna terbanyak ketiga di dunia ini menciptakan Opera Mini yang dapat dioperasikan di handphone “biasa” yang menyokong Java.

Fungsi-fungsi Hebat

Opera Mini memiliki beberapa fungsi hebat yang jarang dimiliki browser lain. Buktinya? Lihatlah beberapa fungsi berikut…:

Fitur Opera Link, berfungsi untuk mensinkronisasi bookmark Opera Mini 4 anda dengan Opera 9.5 yang ada di PC. Untuk menggunakan kemudahan ini anda hanya memilih menu Synchronize Opera dari Opera Mini.

Untuk meneliti penampila layar handhone yang berformat portrait, tekan bintang pagar (* #). Seterusnya putar skrin handphone 45 darjah. Penampilan browser anda akan berformat lanskap (horizontal) yang sama seperti di komputer.

Untuk browser handphone seakan-akan sebuah komputer, disediakan virtual mouse. Virtual mouse ini boleh bergerak bebas ke arah skrin manapun yang anda inginkan. Untuk menggulung layar lebih cepat, anda juga boleh menggunakan shortcut angka 2, 4, 6, 8, dan 5 untuk bergerak ke atas, kiri, kanan, bawah dan zoom.

Seperti browser-browser terbaru di komputer, Opera Mini juga memiliki kemudahan yang menghubungkan anda ke mesin pencari kegemaran anda. Fungsi ini memudahkan anda untuk mencari berbagai macam topik di Internet.

(more…)

Dec
19th

Asal Hajarul Aswad putih

Files under umum | Leave a Comment

SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.

Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

(more…)